Jumat, 31 Januari 2014
ADUN menang kes saman fitnah RTM
ALOR SETAR, 21 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.
Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.
Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.
“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”
Kamis, 30 Januari 2014
Enam Maut Angkara Bom Buatan Sendiri
Enam terubunuh manakala lebih 40 lagi cedera dalam satu letupan bom di Filipina yang meranapkan semuab restoran yang ketika itu dipenuhi doktor yang sedang menghadiri satu konvensyen kebangsaan, semalam.
Menurut polis, letupan dari bom buatan sendiri itu tercetus kira-kira tengah malam waktu tempatan di sebuah restoran terkemuka di Selatan Manila di bandar pelabuhan Cagayan de Oro.
Ketua Polis bandar itu Senior Supritendan Graciano Mijares berkata kebanyakan mangsa terdiri dari doktor dan penjual produk farmaseutikal yang sedang mengikuti konvensyen berkaitan penyakit paru-paru di hotel berhampiran.
“Restoran ini adalah antara kawasan paling sibuk di bandar Cagayan de Oro, ada pihak meletakkan bom di sebuah kerusi di retoran ini,” katanya.
Beliau tidak mahu membuat apapun spekulasi berkaitan motif serangan itu memandangan siasatan sedang giat dijalankan.
Bandar Cagayan de Oro terletak di sebelah selatan Pulau Mindanao yang telah berdekad lama terlibat dalam konflik akibat pemberontakan umat Islam minoriti yang mana penduduk majoritinya ialah penganut kristian Katholik.
Seorang saksi, pemilik kedai elektronik berdekatan Noel Arcenas berkata ketika kejadian kira-kira 100 orang dilihat memenuhi restoran itu.
Menurut beliau letupan kuat itu memecahkan gelas, kerusi dan meja terbalik dan memusnahkan kereta yang diparkir 30 meter dari lokasi kejadian.
Presiden Filipina Benigno Aquino mengutuk keras serangan itu.
“Kita mengutuk tindakan kegansan ini ketika pertemuan para profesional, Kolej Kedoktoran Filipina sepatutnya menjadi penawar kepada penyakit bukannya menjadi mangsa letupan seperti ini,” kata jurucakap Presiden di Manila. – AFP
Rabu, 01 Januari 2014
Budak lapan tahun bermain Anaconda
Kanak-kanak berusia lapan tahun ini menjadikan seekor ular sawa burma ataupun Anaconda ini sebagai binatang peliharaan dan kesayangannya.malah Anaconda ini tinggal serumah dan sebilik dengan budak ini.
SELAMBA...kanak-kanak ini bermain dengan Anaconda kesayangannya. |
SEHATI SEJIWA...Anaconda ini bagai kembar yang tidak boleh di pisah lagi. |
SANGGUPKAH...Anda? |
Lihat video kanak-kanak ini dengan Anacondanya.
Bukan Tubuhku!
KUALA LUMPUR- Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks.
Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik ‘super imposed’ bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan.
“Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.
“Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama ‘Jessy Srikembangan’ dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit,” katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.
Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya.
Katanya, dia membuat siasatan sendiri dan menemui profil ‘Jessy Srikembangan’ serta ‘Lisa Carino’ yang menggunakan gambar wajahnya.
“Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama ‘Jessy Ling Kok Diong’ sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu.
“Kini saudara-mara saya juga mengetahui mengenai profil berkenaan selepas rakan-rakan memasuki profil itu,” katanya.
Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan.
“Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain.
“Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya. (Harian Metro)
Langganan:
Postingan (Atom)