Minggu, 23 Februari 2014
MITSUBISIHI ATTRAGE 1 2 MAMPU MILIK DILANCARKAN DI MALAYSIA!
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, bakal melancarkan model sedan terbaru Mitsubishi Attrage. Model sedan kompak tersebut kini telah dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Mitsubishi dan pelancarannya bakal dibuat November ini.
“Dengan kombinasi pengunaan bahan api 21 km/l, Mitsubishi Attrage adalah sedan paling cekap bahan api di Malaysia dan ini adalah tinjauan daripada aerodynamiknya iaitu (CO= 0.29). Rekabentukanya juga bergaya, luas, dan amat berbaloi untuk kereta dalam segmen B” kata Tetsuya Oda, CEO Mitsubishi Motors Malaysia.
Attrage yang mendapat status kereta eco daripada kerajaan Thai, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan di sana. Attrage dikeluarkan di kilang Mitsubishi di Laem Chabang, Thailand. Nama ‘Attrage’ telah diambil daripada perkataan ‘attractive’.
LIHAT VIDEO
Attrage bakal dipertontonkan secara ekslusif di Paradigm Mall Ground Floor Promotional Area berakhir hingga 8 September 2013 (Jumaat hingga Ahad ini) jam 10 pagi hingga 10 malam.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar