Minggu, 15 Desember 2013

Skandal Shafie Apdal KEADILAN Bakal Buat Laporan Kepada SPRM

Tuesday, June 12, 2012

src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type

Wanita KEADILAN akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan keengganan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal memberi penjelasan terhadap sumber kewangan sebanyak RM1.5 juta untuk membiayai artis terkenal, Zahida Rafik.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, laporan tersebut berdasarkan maklumat oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi sebelum ini bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun artis itu melalui lima transaksi berlainan dari Oktober 2011 sehingga Januari 2012.

“Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat.

“Ingin saya tegaskan, bahawa asas tujuan pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan atau menggangu hubungan intim Menteri dan artis tersebut tetapi ingin memastikan bahawa Menteri tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi beliau,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu dalam satu kenyataan.

Menurut Zuraida, laporan itu akan dibuat dalam minggu ini memandangkan pihak Menteri tidak membuat penjelasan dan tidak memberikan maklum balas berhubung perkara ini.JALAN PULANG

Tidak ada komentar:

Posting Komentar